Saturday, June 23, 2007
Duit dari luar negara
Mencari duit merupakan satu kemestian bagi anda? Tahukah anda bagaimana mahu mendapatkan duit yang berlipat kali ganda? Setiap negara mempunyai nilai duit yang berbeza. Sebagai contoh USD1 bersamaan RM3.50. Tahukah anda seorang pegai di Malaysia bertaraf ijazah, gaji permulaannya adalah RM2000++ , Bagaimana pula dengan pegawai negara US yang sama taraf didikannya? Untuk makluman mereka juga diberi gaji bulanan sebanyak 2000++ tetapi dalam USD. Wah… macam nie kayalah mereka. Tidak sebenarnya… di U.S (United State of America) sebiji betik boleh mencecah RM40 atau USD11++ . Ini bermakna taraf sara hidup di U.S juga tinggi. Mereka turut menjual buku pada harga seperti mana di Malaysia contoh 29.00 tetapi kita dalam RM dan mereka dalam matawang USD. Kalaulah anda boleh menjual ebook atau bahan mudah pos misalnya anda pasti untung besar. Katakan jual buku secara elektronik, tiada kos pos misalnya. Anda jual USD29.90 pasti laku dan jika 100 orang membelinya maka anda dapat mengumpul sebanyak USD2,990.00 .Nombornya kecil bukan? tapi cubalah anda tukar dengan duit RM, ia akan menjadi RM9,000++ .Lihatlah, lumayan. Itulah salah satu cara Internet Marketer di Malaysia mendapat rezeki yang lumayan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment