Saturday, June 23, 2007

Duit tipu di alam cyber

Well, tahukah anda apa itu duit tipu. Ketika ramai orang mencari duit ramai yang berjaya mendapat duit tipu. Kalau kecil-kecil saya suka main monopoli, masa tu bukan 10 tapi ribu ringgit. Tapi duit tipulah. Tapi hari ini ramai yang dah dewasa tapi masih bermain dengan duit tipu. Tapi kali ini bukan main tetapi kebanyakan yang mencari duit seperti merupakan mereka yang tidak sedar dimana mereka telah pun tertipu. Itulah skim cepat kaya yang sering digembar-gemburkan diinternet. Ianya skim piramid. Sekarang sistem skim piramid semakin maju dan menggunakan laman web sebagai operasi tanpa sempadan. Apabila mereka melabur dan duduk diam, semasa itulah penganjur juga diam-diam cabut lari pelan-pelan. Mencari duit bukanlah senang melainkan anda mempunyai network yang boleh dipercayai.
Anak buah saya juga pernah terjebak dengan skim seperti ini. Beliau pernah menunjukkan kepada saya amaun duit yang mereka perolehi. Tetapi mujurlah saya sempat memintas supaya ianya tidak merebak akibat dari sistem taja-menaja ini. Namun beberapa orang dari mereka sudahpun mengeluarkan duit mereka sendiri. Adakah mereka kaya dari saya? entahlah duit mereka masih selamat dan berada dalam bentuk nombor di laman web penganjur. Laman web itu juga sudah hilang dalam pandangan. Mungkin sebab itulah pelaburan melaui internet diwartakan sebagai satu amalan haram pada masa kini.

No comments: