Saturday, June 23, 2007

Kalau bukan dengan duit , apa lagi?

Hai, hai hai… zaman sekarang tak macam dulu. Dulu zaman barter nak ngurat awek pun boleh guna ayam, kambing, itik. Sekarang nie takde cash, takde kredit kad jangan toleh-toleh. Duit nie dah mahal dan kadang-kadang lebih mahal dari suami atau isteri. Mana tak nya. Suami isteri gaduh sebab tak cukup duit. Kalau lelaki gaduh dengan lelaki pasal perempuan. Perempuan gaduh dengan lelaki pasal ada pompuan lain, duit juga tidak ketinggalan memainkan peranan dalam pergaduhan. Dunia kita sekarang ni disekat-sekat disebabkan duit. Maklumlah masing-masing ada nafsu.. hahah sebut pasal nafsu, duit juga jadi orang tengah. Nak settle dengan saman pun duit jadi orang tengah (apa aku cakap nie)... kalau pulaukan duit alamat tak kawin le zaman sekarang nie. Mana ada orang guna lembu sebagai mas kawin sekarang nie? ada ker…. kalau ada boleh masuk TV. Sure glamour satu Malaysia. Duit hanyalah kertaskan. Cuma kertas yang difesyenkan agar tidak mudah ditiru. Kalaupun satu hari nanti duit kertas dan duit besi tidak digunakan la, ala duit dalam bank dalam kad kredit dalam kad elektronik debit kad, masih lagi orang panggil duit. Maknanya duit boleh berbentuk macam-macam. Kalau zaman dahulu emas sebagai perantara (emas tu leh kira duit ke? ) sekarang kita akan maju setapak, duit dalam wayar telepon dalam komputer….. mungkin satu hari nanti nak beli barang ambil dan touch and go sahaja, tak payah kira-kira, semua komputer buat. Kerajaan pun save kos beli kertas special… itulah duit apa-apapun kita perlu duit untuk memulakan segalanya semenjak kita lahir lagi. Agak-agak sekarang nie isteri bersalin ada yang free ker…. tak perlu keluar duit?

No comments: