Saturday, June 23, 2007
Duit dari luar negara
Mencari duit merupakan satu kemestian bagi anda? Tahukah anda bagaimana mahu mendapatkan duit yang berlipat kali ganda? Setiap negara mempunyai nilai duit yang berbeza. Sebagai contoh USD1 bersamaan RM3.50. Tahukah anda seorang pegai di Malaysia bertaraf ijazah, gaji permulaannya adalah RM2000++ , Bagaimana pula dengan pegawai negara US yang sama taraf didikannya? Untuk makluman mereka juga diberi gaji bulanan sebanyak 2000++ tetapi dalam USD. Wah… macam nie kayalah mereka. Tidak sebenarnya… di U.S (United State of America) sebiji betik boleh mencecah RM40 atau USD11++ . Ini bermakna taraf sara hidup di U.S juga tinggi. Mereka turut menjual buku pada harga seperti mana di Malaysia contoh 29.00 tetapi kita dalam RM dan mereka dalam matawang USD. Kalaulah anda boleh menjual ebook atau bahan mudah pos misalnya anda pasti untung besar. Katakan jual buku secara elektronik, tiada kos pos misalnya. Anda jual USD29.90 pasti laku dan jika 100 orang membelinya maka anda dapat mengumpul sebanyak USD2,990.00 .Nombornya kecil bukan? tapi cubalah anda tukar dengan duit RM, ia akan menjadi RM9,000++ .Lihatlah, lumayan. Itulah salah satu cara Internet Marketer di Malaysia mendapat rezeki yang lumayan.
Perlukah mencari duit melalui internet 100%
Berbalik kepada sikap manusia, masing-masing ingin mencari duit dengan cara yang paling mudah. Lalu pilihan sebegini dirujuk kepada perniagaan melalui internet. Adakah internet merupakan sumber rezeki anda yang anda cari? pada saya internet hanyalah satu cara mempromosikan mana-mana maklumat termasuk perniagaan anda. Walaubagaimanapun seperti yang telah kami teliti, didapati gabungan perniagaan melalui internet yang berbentuk promosi digandingkan dengan perniagaan bukan diinternet seperti memiliki produk yang nyata, boleh dipegang dan boleh dilihat atau rasa. Diinternet yang benar-benar 100% dijalankan melalui internet hanyalah penjualan digital dan urusniaga matawang. Namun banyak kelemahan yang perlu anda sedar sewaktu mencari duit di internet. Kelemahan yang sering berlaku adalah seperti penipuan, kesamaran dan perhubungan. Adalah lebih menguntungkan jika anda memiliki produk yang nyata dan memiliki kedai sekiranya tujuan anda adalah mengaut keuntungan yang lebih tinggi dan kepuasan yang lebih baik. Sebagai contoh anda ada kedai dobi dan anda perkenalkan kepada orang ramai melalui laman web anda sendiri
Cari duit , cari duit , cari duit
Hmm… cari duit , bukan senang . Itulah kata-kata orang yang malas cari duit. Mencari duit sebenarnya amatlah mudah. Ada modal? carilah kilang baju dan beli borong, pastikan harga 3 kali murah dari pasaran. Kan senang cari duit. Takde modal? pakat-pakat dengan kawan-kawan cari duit dan kumpul beli di kilang, bahagi balik…. kalau beli di kilang 5 ringgit, harga pasaran 15 ringgit, untung dah 200% . Bukankah senang cari duit. Yang pasti sikap anda samaada nak atau tidak cari duit. Ada hati ada duit . Tiada hati maka seribu alasan untuk tidak cari duit . Biasa orang ada anak bini pasti cari duit bersungguh-sungguh kalau tak anak bini nak makan apa
Kalau bukan dengan duit , apa lagi?
Hai, hai hai… zaman sekarang tak macam dulu. Dulu zaman barter nak ngurat awek pun boleh guna ayam, kambing, itik. Sekarang nie takde cash, takde kredit kad jangan toleh-toleh. Duit nie dah mahal dan kadang-kadang lebih mahal dari suami atau isteri. Mana tak nya. Suami isteri gaduh sebab tak cukup duit. Kalau lelaki gaduh dengan lelaki pasal perempuan. Perempuan gaduh dengan lelaki pasal ada pompuan lain, duit juga tidak ketinggalan memainkan peranan dalam pergaduhan. Dunia kita sekarang ni disekat-sekat disebabkan duit. Maklumlah masing-masing ada nafsu.. hahah sebut pasal nafsu, duit juga jadi orang tengah. Nak settle dengan saman pun duit jadi orang tengah (apa aku cakap nie)... kalau pulaukan duit alamat tak kawin le zaman sekarang nie. Mana ada orang guna lembu sebagai mas kawin sekarang nie? ada ker…. kalau ada boleh masuk TV. Sure glamour satu Malaysia. Duit hanyalah kertaskan. Cuma kertas yang difesyenkan agar tidak mudah ditiru. Kalaupun satu hari nanti duit kertas dan duit besi tidak digunakan la, ala duit dalam bank dalam kad kredit dalam kad elektronik debit kad, masih lagi orang panggil duit. Maknanya duit boleh berbentuk macam-macam. Kalau zaman dahulu emas sebagai perantara (emas tu leh kira duit ke? ) sekarang kita akan maju setapak, duit dalam wayar telepon dalam komputer….. mungkin satu hari nanti nak beli barang ambil dan touch and go sahaja, tak payah kira-kira, semua komputer buat. Kerajaan pun save kos beli kertas special… itulah duit apa-apapun kita perlu duit untuk memulakan segalanya semenjak kita lahir lagi. Agak-agak sekarang nie isteri bersalin ada yang free ker…. tak perlu keluar duit?
Duit tipu di alam cyber
Well, tahukah anda apa itu duit tipu. Ketika ramai orang mencari duit ramai yang berjaya mendapat duit tipu. Kalau kecil-kecil saya suka main monopoli, masa tu bukan 10 tapi ribu ringgit. Tapi duit tipulah. Tapi hari ini ramai yang dah dewasa tapi masih bermain dengan duit tipu. Tapi kali ini bukan main tetapi kebanyakan yang mencari duit seperti merupakan mereka yang tidak sedar dimana mereka telah pun tertipu. Itulah skim cepat kaya yang sering digembar-gemburkan diinternet. Ianya skim piramid. Sekarang sistem skim piramid semakin maju dan menggunakan laman web sebagai operasi tanpa sempadan. Apabila mereka melabur dan duduk diam, semasa itulah penganjur juga diam-diam cabut lari pelan-pelan. Mencari duit bukanlah senang melainkan anda mempunyai network yang boleh dipercayai.
Anak buah saya juga pernah terjebak dengan skim seperti ini. Beliau pernah menunjukkan kepada saya amaun duit yang mereka perolehi. Tetapi mujurlah saya sempat memintas supaya ianya tidak merebak akibat dari sistem taja-menaja ini. Namun beberapa orang dari mereka sudahpun mengeluarkan duit mereka sendiri. Adakah mereka kaya dari saya? entahlah duit mereka masih selamat dan berada dalam bentuk nombor di laman web penganjur. Laman web itu juga sudah hilang dalam pandangan. Mungkin sebab itulah pelaburan melaui internet diwartakan sebagai satu amalan haram pada masa kini.
Anak buah saya juga pernah terjebak dengan skim seperti ini. Beliau pernah menunjukkan kepada saya amaun duit yang mereka perolehi. Tetapi mujurlah saya sempat memintas supaya ianya tidak merebak akibat dari sistem taja-menaja ini. Namun beberapa orang dari mereka sudahpun mengeluarkan duit mereka sendiri. Adakah mereka kaya dari saya? entahlah duit mereka masih selamat dan berada dalam bentuk nombor di laman web penganjur. Laman web itu juga sudah hilang dalam pandangan. Mungkin sebab itulah pelaburan melaui internet diwartakan sebagai satu amalan haram pada masa kini.
Kuasa duit pada masa kini
Duit memang berkuasa, manusia berlumba-lumba untuk mencari duit. Tanpa duit hidup tertekan dan semakin menjatuhkan prestasi kita. Yelah kan… kalau takde duit maknanya tumpuan akan hilang. Hutang itu hutang ini, nak bayar itu nak bayar ini. Siapa suruh berhutang heheh… Kerana duit ramai yang sanggup melakukan kesalahan seperti merompak, mencuri, mengugut, pecah amanah dan banyak lagi termasuklah rasuah. Sampai bilakah duit berkuasa? kalau dahulu ya ! duit tidak berkuasa kerana pada waktu bertahun dahulu sistem perdagangan adalah merupakan sistem barter, sebagai contoh menukar sejumlah gandum dengan beberapa ekor ayam. Mungkin kerana duit lebih mudah dibawa maka ia digunakan.
Cari duit bukanlah satu masaalah
Mencari duit bukanlah satu masaalah pada masa kini. Kita boleh mencari duit dengan bekerja samaada di sektor awam atau sektor swasta. Atau kita juga boleh mencari duit dengan bekerja secara sampingan. Selain itu duit juga boleh diperolehi dengan bekerja sendiri. Dalam banyak-banyak usaha untuk menghasilkan duit, bekerja sendiri adalah merupakan cara memperolehi duit paling lumayan.
Subscribe to:
Posts (Atom)